3bulan 14hari..usia ikatan pernikahan kita. Alhamdulilah! :-)
Banyak..banyak sungguh yg aku pelajari daripada perkahwinan ni.
Walaupun baru dengan usia yg masih sangat pendek. Ya, perjalanan masih jauh. Masih sangaaattt jauh. Aku sangat teruja untuk terus melayari bahtera cinta ini denganmu, suamiku sayang. InsyaAllah, semoga cinta ini sentiasa di bawah redha pemilik segala cinta, Allah yg Maha Esa.
Terpisah beribu batu hanya selepas 3minggu kita bernikah bukan kehendak sesiapa, tapi kehendak Dia. Walau apa pun yg kita cuba buat, tapi kalau Allah dah tentukan begitu, tiada apa yg dapat menghalang.
[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".
[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui
[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
Satu-persatu hikmah dapat ku temui disebalik ketetapan ni..
> aku belajar tiada tempat bergantung/mengadu/meminta yang lebih baik selain Allah.
Hanya Allah sebaik2 tempat bergantung segala urusan..Bila rasa rindu, mengadulah kat sesiapa pun..manusia hanya boleh dengar.. tapi kalau ngadu kat Allah, insyaAllah akan rasa tenang..
> aku belajar ini mungkin tarbiyyah dari Allah..untuk mendidik kami. Persediaan bahawa anytime soon, you'll end up alone. Suamiku hanya pinjaman dari Allah... Harini dia milikku, tapi siapa tahu esok lusa, Allah nak tarik dia..kembali pada fitrah asal kejadian manusia, kembali pada pencipta-Nya. Adakah aku bersedia utk hadapi saat itu nanti?
> mungkin juga ni peluang yg Allah bagi utk kami sama-sama tambah ilmu..bersedia utk hadapi cabaran rumahtangga bila dah duduk sama-sama..tambah2 bila baby dah keluar nanti! mesti lagi banyak besar cabaran kan. Teringat pesan Ustaz Hasrizal
"sesuatu yg anak2 baru kahwin tak tahu, ibu bapa survive berpuluh tahun kahwin, bukan dgn mentari, malah guruh, petir dan ribut, yg diatasi!"
> mungkin lagi, Allah nak bagi ruang & peluang utk kami semakin dekat dgn Dia..semakin byk mengadu pada Dia..semakin byk berdoa pada Dia..semakin byk masa bersendirian dgn Dia..betapa aku rasa beruntung dengan kasih sayang-Mu, Tuhan!
> ujian ni membuatkn ku lebih matang..tengok setiap apa yg terjadi dari pelbagai sudut.Mesti ada hikmah indah yg Allah dah tentukan disebaliknya! Be positive!
> Sedar siapa diri yg hina & kerdil ni.. aku hamba Dia... Hamba yang layak, mesti, sememangnya kena diuji! sebab? sebab Dia Tuhanku.. supaya Dia dapat tahu hambaNya yg mana yg betul2 beriman.. supaya aku tak lalai dengan nikmat yg byk!.
Zauj selalu ulang ayat ni, utk pujuk bila aku mengadu masalah kat dia... :')
[Al-Ankabut:2-3]
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
aku percaya, byk lagi hikmah yang mungkin belum lagi aku sedar.
Alhamdulillah Ya Rabb, atas ketetapan ni.
Buat kanda tercinta, terima kasih sayang sebab sentiasa memahami, tak pernah penat bagi sokongan, sentiasa bersabar dgn kerenah isterimu yg macam budak2 ni :p
Hanya Allah saja yg tahu, betapa dinda bersyukur kerana dijodohkan dengan kanda yg sangat sangat best! Alhamdulilah!
Semoga ikatan perkahwinan kita ni kekal hingga ke syurga, dibawah redha & kasih sayang Illahi...& sentiasa menjadikan kita seorang yg lebih baik.. Amiin..
Dinda cinta kanda, kerana Allah!