Some people..

"Why do you want to be a housewife? We raise you up until you complete University!" 
"If you become a housewife, you are wasting our time and money sending you to school!"
"Now you are a graduate, you should have a career instead of wasting your education by being a housewife"

Sounds strange? This is a common discourse heard by many educated women when they decide to put their careers aside to be a homemaker.
There are many young mothers in such dilemma. What is really needed is the shift in focus. Let's look at this differently. It's not a waste for your grown-up daughter to be a housewife. She's your grand children's first university. Your grandchildren's first teacher, guide and mentor of life. We raise our children to serve God, not serve us. Let's make it easy for these mothers to raise their kids in this challenging times. Don't give them the burden of guilt if they decide to be homemaker. Who knows, her status is probably higher in God's Eyes than the status of those women of high careers.

resepi isteri solehah 3

Wahai suami dan isteri, jangan TERLALU cintakan pasanganmu, MELEBIHI cinta mendapat redha Allah, kerana kecintaan melampau kepada pasangan itu mampu menjadi RACUN lalu menjadi beban tidak baik kepada pasanganmu kerana cinta ekstrem sebegitu itu BUKAN FITRAH yang dituntut oleh Allah SWT. Cinta itu juga mungkin membawa ketidakpatuhan kepada agama, semua itu kerana cinta kepada manusia melampaui Allah dan RasulNya. Firman Allah Ertinya :

"Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (Surah At-Tawbah : 24)

Imam Al-Qurtubi, menghuraikan maksud 'tunggulah' dalam ayat duatas bermaksud, suatu ancaman akan datang kepadamu kehinaan, kesedihan. Termasuk juga ujian perasaan yang tidak tertanggung. Ini semua kerana ia sudah terkeluar dari fitrah tuntutan.


dari FB Ustaz Zaharuddin :)


Isteri yang solehah akan sentiasa meletakkan Allah & RasulNya ditempat yg sepatutnya.
Priorities in love : 
1. Allah
2. Prophet Muhammad SAW
3. Husband

"pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya..."
jadi, sesiapa yg mencintai Allah, sudah pasti dia akan melayani pasangannya dgn sebaiknya demi mendapat redha Allah yg dicintai..
islam itu cukup..islam itu indah..islam itu cukup indah..

yang soleh..

Assalamualaikum wbt..

Harini hatiku berbunga-bunga di sertai rasa syukur ke hadrat Ilahi..
Berpeluang mengikuti pengajian Kitab Riyadus Solihin oleh seorang yang amat aku kagumi kefaqehan beliau dalam ilmu agama, Dr Maza. 
Alhamdulilah banyak ilmu dapat dipelajari.. Ada anak kecil sesungguhnya bukan batu penghalang utk kita menimba ilmu. Tapi Adam memang well behaved! Tidur je memang la :D


Mak sempat bawa Adam jumpa Dr Maza dan minta dibacakan doa untuk anak soleh ku, insyaAllah.
Semoga Adam membesar dengan sihat, dah menjadi insan yang hebat mcm Dr Maza bila dia besar nanti, Amiin.. 



Kata2 dari beliau tak pernah gagal utk merusik hati ni. 
Kita dapat merasa betapa dekat hubungannya dgn Allah.Bicaranya penawar, senyumnya dapat melupakan kedukaan hati. Sungguh lain dengan bicara kita yg penuh noda, hidup sentiasa dalam kelalaian.

Ya Allah, himpunkan lah aku dalam kalangan hamba-hambaMu yang soleh. Amin


Janjiku, insyaAllah

Assalamualaikum,

Setiap kali terpandang wajah anakanda yg dicintai, setiap kali itu akan terbit rasa syukur ke hadrat-Mu, Ya Rabbi.. Syukur dikurniakan anugerah yang tak ternilai harganya.
Seorang anak yang sihat dan cukup sempurna sifatnya. Allahu Rabbi, sungguh, tiada kata dapat ku zahirkan rasa kesyukuran ini.
indah sungguh ciptaanMu.

insyaAllah akan ku didik amanahMu ini sebaiknya..

Ya Allah, jadikan anaku ini seorang yang faqeh dalam agama, dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil
Ya Allah, kurniakan kami zuriat dari kalangan hambaMu yang soleh.

Amiin..

Peribadi agung kekasih abadi, Rasullullah...

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau ada pakaian yang kotor, Rasulullah mencucinyanya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi pemimpim keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutu seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa segan sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan
peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang diberitakan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata karena takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahasia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahasia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang
bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain karenanya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sehati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan para sahabat mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah.

Fisikalnya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Wallahua’lam bish Shawwab

benarkah aku ini cukup penyabar?

Kesabaran yang elok (sabran jameela) ialah kesabaran yg tenang tenteram, kesabaran yang tak disertai perasaan2 marah & gelisah & tak pula disertai rasa ragu2 terhadap kebenaran janji Allah.

Kesabaran org yang yakin terhadap akibat2, kesabaran orang yg redha dengan takdir Allah, kesabaran orang yang menyedari hikmat di sebalik ujian Allah & kesabaran org yg sentiasa berhubung dgn Allah & mencari pahala di sisiNya dari apa sahaja kesusahan yang menimpa dirinya..

itulah sebenar2 sabar..


#syed qutb

resepi isteri solehah 2

Sabda Rasulullah kepada Umar ibnu Khattab:

"Mahukah engkau aku tunjukkan pundi-pundi terbaik yang disimpan seseorang di dunia ini? Ia adalah wanita solehah yang menyenangkan qalbu (hati) dan menyejukkan jiwa suaminya apabila dipandang, menurut dan patuh apabila disuruh, dan menjaga dirinya di belakang suaminya serta istiqamah menjaga hartanya"

even when the world against you...


remember that He will never leave you alone...


resepi isteri solehah 1

"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisaa';34)

sayang...

sayangnya Allah pada kita, tiada tandingan..



A lil precious inside my tummy..


Bismillah.. Dengan nama Allah yg Maha pemurah lg penyayang..

Alhamdulilah utk segala nikmat yang tak terkira. Sungguh, luas sungguh kasih sayang yang Allah berikan tanpa putus kepada hamba-Nya.. walaupun hamba ini penuh dengan dosa, kelalaian & sering lupa akan tujuan dia dihidupkan di muka bumi ini.. Ampunkan aku ya Allah ;(

Minggu lepas Allah uji dengan sakit yang tak seberapa.. Demam, selsema & batuk (alhamdulilah). Lepas seminggu berlarutan Mak ajak cek kat klinik takut-takut kalau nanti makin melarat..sebenarnya dah seminggu mak ajak pegi klinik, boleh scan baby skali... She is so excited :) 


lil precious
Alhamdulilah bila jumpa doktor, & scan, baby nampak sangat sihat & his body looks perfect.. his? yes! dah nampak 'angry bird' dia! hehe. Alhamdulilah. We were so excited masa tu rasa macam nak lompat2 je :))
Masa scan doktor explain satu-satu every inch of his body, Ya Allah masa tu rasa sangat amazing knowing that something precious is growing inside of me! Seronok dia berenang2 dalam rahim Ummi ye! =D 
kasih sayang dari Allah yang tak boleh nak digambarkan dgn kata-kata.. Sebab seronok sangat dapat tengok lil precious, terusss lupa nak minta ubat kat doktor. Balik rumah baru teringat :p haha!

So I was hoping that one day my lil precious will read this post & knows how much we love you sayang...yes, since you're still inside my tummy... 

pernah terfikir kenapa rahim ibu dipanggil 'rahim'? Ar-rahman nir-rahim.. Rahim = salah satu nama Allah yang bermaksud Maha Penyayang... Bukan penyayang biasa2 je tau MAHA PENYAYANG...tiada yang lebih penyayang lebih dari Dia, tiada kasih-sayang yang setara dengan kasih sayang Dia. Allahu Rabbi..sebab tu Dia bagi kita singgah di rahim ibu dulu sebelum dilahirkan ke dunia..dan dalam rahim tu kita dijaga dari bahaya, dijaga dgn penuh kasih sayang lagi..Amazing kan kuasa Allah?



anugerah Allah :)
I still remember (Fri, 14th Sept 2012, on our 2months anniversary) the moment I know that I'm pregnant, I'm the most happiest person on earth.. Alhamdulilah utk nikmat ini, ya Rahman.