Wahai suami dan isteri, jangan TERLALU cintakan pasanganmu, MELEBIHI cinta mendapat redha Allah, kerana kecintaan melampau kepada pasangan itu mampu menjadi RACUN lalu menjadi beban tidak baik kepada pasanganmu kerana cinta ekstrem sebegitu itu BUKAN FITRAH yang dituntut oleh Allah SWT. Cinta itu juga mungkin membawa ketidakpatuhan kepada agama, semua itu kerana cinta kepada manusia melampaui Allah dan RasulNya. Firman Allah Ertinya :
"Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (Surah At-Tawbah : 24)
Imam Al-Qurtubi, menghuraikan maksud 'tunggulah' dalam ayat duatas bermaksud, suatu ancaman akan datang kepadamu kehinaan, kesedihan. Termasuk juga ujian perasaan yang tidak tertanggung. Ini semua kerana ia sudah terkeluar dari fitrah tuntutan.
dari FB Ustaz Zaharuddin :)
Isteri yang solehah akan sentiasa meletakkan Allah & RasulNya ditempat yg sepatutnya.
Priorities in love :
1. Allah
2. Prophet Muhammad SAW
3. Husband
"pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya..."
jadi, sesiapa yg mencintai Allah, sudah pasti dia akan melayani pasangannya dgn sebaiknya demi mendapat redha Allah yg dicintai..
islam itu cukup..islam itu indah..islam itu cukup indah..