doa yg ditolak oleh Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda:

”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) 

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) 

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa: 

"Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!". Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”


(Muslim)


Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT. *so doa sungguh2 dan yakin dgn pertolongan Allah :)*

Berdoalah dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)




Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).




so kalau nk doa kita makbul, pastikan kita ta'at dulu dgn suruhan Allah. mcm rezeki2 yg halal etc.
mana adil kan klu kita nak minta sesuatu dari sapa-sapa jela secara logiknya tapi apa yg disuruh kita tak buat?

chemo

yesterday was mum's first chemotherapy
hopefully everything's just fine. InsyaAllah
& I got this great-news from daddy!

"balik jela 14hb... mahal sikit je pon kan? ape la sgt $50 tu. takpe. it's on me.."

so InsyaAllah i'm going back on 14th Nov! 
will done with all of the papers on 13th. 
no gap at all? yeah.
no time to waste baby!

fake war ?

we went to play paintball yesterday
that was really an awesome experience!
this is really one of my must-to-do list, and here I am :)
Alhamdulillah.
Allah gives me the chance to fullfil that dream

my body has started aching this morning *that gun is so heavy!*
I've been shot few times but Alhamdulilah,
no marks at all :)
yela! we fought with mat salleh oke! 
that's so unfair cz our height was like half of their's!
i feel like their lil sister *duhh*

some of the kakaks got bleed and wounded !
that's so much pain of watching them.

No pain, no gain !
so I just determined to continue the game until the 3rd game *yey*


we should do this again, shall we?
Malaysian style perhaps? *hehe :p*

 
next on the list : horse riding! yeehaw!

p/s : there was one moment I felt so sad & touched
the moment we got ambushed so badly by our opponent team!
then I started asked myself.

mcm mana la keadaan saudara aku kat Palestine?
ni baru perang tipu dah takut?
dah rasas nk give up?
baru gun tipu dah rasa berat?
peluru tipu dah takut?
musuh tipu dah takut?

rasa sgt tersentuh. lemah btol aku ni! saudara2 kat sana bertarung nyawa. kcik2 dah pgg senapang nk mempertahankan nyawa, keluarga, Islam. aku?
hmmph.

Doa Rasulullah S.A.W


dulu masa my family dtg, abah lekatkn doa ni kt softboard
sweet kan?
iloveyou,abah.
:')

jom amal kan sama-sama 
^_^


mu'jizat teragung

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (2:2)

pernah terfikir tak..
the greatest mu'jizat of all....
is actually in our house...in our room...
right in front of our eyes!!
it's Al-Quran.... yes :)

  Tidaklah mungkin Al Quran ini dibuat oleh selain Allah (10:37)

adakah Al-Quran itu hanya sebagai hiasan dalam almari bilik kita je?
hari ni dah baca and paham brapa page?
:)
nanti kat akhirat ade exam jgk taw,
hidup bkn hanya utk hbskan blaja buku pelajaran je every sem..
semester exam akhirat dah bape lama dah?
sebuah Al-Quran tu pun dah boleh hbs?
that's so unfair :'(
kau tak adil pada Allah! kau lebih pentingkan dunia yg sementara ni!

janganlah kamu ragu-ragu terhadap Al Quran (11:17)

Sesungguhnya (Al Quran) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (11:17)

maka janganlah kamu ragu menerima (Al-Quran itu) (32:23)

kesan zikir terhadap otak

otak kita sebenarnya adalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Hebat sungguh ciptaan Ilahi kan?


So, bile kita berzikir dgn mengulangi kalimat-kalimat suci Allah, mcm Subhanallah, beberapa kawasan otak yg terlibat akan menjadi aktif. Akibatnya, satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak terjadi.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan!!
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, kerana otak yg segar dan cergas akan mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Satu kajian telah dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
di mana, sukarelawan diberi senarai perkataan utk disebut.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri kita.

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari-Ku." Al-Baqarah 152


"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." Al-Ahzab 41-42


"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." Surah An-Nisa' 103


Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda',"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal lehermu?" Para Sahabat menjawab,"Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda,"zikir kepada Allah".



ayuh sahabat2, selalulah berzikir klu nk otak yg cergas !
Islam itu cukup sempurna kan? :)

bulb oh bulb...

.lampu terbakar.
nk tukar bulb baru. tapi dah 4jam cuba tetap tak berjaya :(
sedih sgt
duduk dalam gelap dah seminggu
pening kepala dongak lama sgt.
kalau lelaki buat mmg senang je kn?..hmmm...
perempuan mmg perlukan lelaki...vice versa....
sebab mereka saling melengkapi..

"And He it is Who spread out the earth and placed therein firm hills and flowing streams, and of all fruits he placed therein two spouses (male and female). He covereth the night with the day. Herein verily are portents for people who take thought" (13: 3)

"Dan Dialah yg telah membentangkan bumi ini.Diadakan-Nya gunung-gunung dan sungai-sungai serta bermacam-macam buah-buahan berpasang-pasangan. Dia jadikan malam menyelubungi siang. Dalam hal itu ada tanda-tanda bagi org-org yg mahu berfikir (13: 3)

Allah loves..





.Allah loves small deeds that are done constantly.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, 

mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” 
Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan petang hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) kerana dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.


Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw,
“apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?”
Nabi Muhammad Saw bersabda,"amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”

bacalah Al-Quran walaupun hanya 10ayat sehari *ni kes teruk*
janji jgn tinggal
walau sibuk mana sekalipun
kerana ingat lah bahawa Allah tidah pernah melupakan hambaNya walau sesaat
selitkan zikir dlm bicara harian mu
jgn leka mngejar dunia semata

roh & akhirat

dah lama nk tulis perkongsian ni tp busy pulak T_T


roh & akhirat.

tahu apa benda dua ni?
dua ni la akan kekal nanti. infinity.

pernah dgr tak :
"kalau cinta/suka/sayangkn seseorang, jgn sayang kerana rupa/harta/badan/kecantikannya....tp sayanglah kerana rohnya...sbb agama terletak pada roh"

true indeed.
rupa akan kedut. harta akan habis. badan/jasad akan reput bila mati. kecantikan akan musnah.

tapi roh akan kekal. bukan kat dunia je tp smpai alam kita yg lg satu.

analogy : kalau kita sygkn binatang cthnya kucing, bila beliau hidup, kita peluk & cium beliau...tp bila dah mati, kita still nak peluk & cium bangkai tersebut?
mesti tak kan? 
sebab : kita sebenarnya sayangkan roh beliau. bukan jasad semata.

sbb tu la pasangan sehidup semati kita dipanggil 'soulmate'
sbb soul itu kekal.

*ok dah tersimpang*

sebenarnya nk cite psl alam akhirat..
tu sebenarnya adalah tujuan kita hidup.destinasi.
dunia kan jambatan je.

tapi...berapa ramai je yg sedar hal ni?
seimbang ke ape yg kita kejar? or kita just kejar keduniaan semata-mata?
dah ckop amalan kat akhirat nanti?
ayat dalam Quran tu brapa byk yg kita dah tahu? dah tahu semua?
artis2 semua kenal tp ckup kenal kah kita dgn Nabi, Rasul & Malaikat utusan Allah?

reflects blk diri tu Mira. kau sedar atau tak,
yg nak tlg kat akhirat nanti adalah amalan. Al-Quran.
dah ckop ke kau muliakan perkara2 ni?


:(

tears never stop

.again.

need to go back to reality. Perth.
yes. Perth is the reality.

sad? I am ! hmm.

sape nk jaga mak lg lepas ni?
sape nk tlg masakkn utk mak & abah?
sape nk tlg buat kje umah?

adek2 kat asrama..
tggl2 abg2 je...
abg2 tak reti masak........
hmmm :'(

bile tgk bekas operation mak & abah
rasa nk menangis je....
tgk pon rasa mcm dah sakit gila

"berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul"
hmmm... :'(


rasa mcm taknak blk je..
tp tak sampai hati nk keluarkn

"mya nk blaja kat Msia jela.................nk jaga mak & abahhhhh..."

:( 

mak kne buat chemo jgk...
abah still dlm recovery process

bila hati ni sedih..... rasa mcm dah takde tempat nk mngadu...
aku pujuk diri sdri...

"ALLAH KNOWS BEST"
DIA MAHA KAYA..
DIA MAHA MENGETAHUI..

tapi aku tahu DIA sentiasa mndengar..
aku kena kuat... ni baru sikit ujian yg Dia bg..
Allahhu Akbar.



awak,

awak,
saya simpan rasa cinta ni utk awak

smpai bila?

sampai bila kita dah halal nanti :)
akan ku simpan :

cintaku
kasih sayangku
rinduku
tubuhku
hiasanku
manjaku
mesraku
perhatianku
segala-galanya utk awak
sorang.

mungkin saya bukan yg terbaik, tapi saya janji akan cuba yg terbaik
itu janji saya

past is a past

what most important is who I am right now.
.today.

saya tunggu awak. 
sunting saya ikut syari'at Islam
I know that time will come..soon.
I hope that soon is VERYY near. please Allah.
I need someone to hold to..

whoever you are, "awak",
doaku sentiasa bersama setiap langkahmu, sayang :)

goodbye Ramadhan :(

Ramadhan dah pergi.
until we meet again :'(
walaupun rasa mcm xpuas lg Ramadhan
rasa mcm tak gunekan sebaik mungkin :'(
semoga kita jumpa lg tahun depan! Ameenn

Raya pulak dtg menjelma :')
malam ni buat takbir ramai2. seronok sgt.
raikan kemenangan kita sbb dah berjaya berpuasa sebulan !
tp...
menitik air mata teringat mak ! 
nk peluk mak, nk salam mak & abah.
nk mintak maaf.....

Ya Allah, harap2 la ni bukan raya terakhir aku dgn dorg :(

balik beraya tu sebab ke-2.
yg utama sekali blk sbb nk jmpa mak & abah
sbb time operation aritu nk blk tp sume tak bg :(

esok, smpai je Msia, terusssssssssss 
NAK PELUK & SALAM MAKK, ABAH, ABG2, ADIK2.
oooh Allah, I really2 miss them :(
nak pakai baju raya naik flight trus ke x ek? hmm

Going to airport in 4hours time.
time, please flies faster.
I really can't wait.



cara Allah mjawab doamu

Allah menjawab doa hambaNya dgn 3 cara :


1) Allah memberi apa yg kamu minta.


kerana itu yg terbaik buat kau. 
utk kau pelajari makna disebaliknya, utk kau gunakan dgn sebaik mungkin dan nikmati pemberian Allah dgn rasa syukur.


2) Allah tidak memberikan apa yg kamu minta.


kerana jika Allah makbulkan permintaan tersebut, itu bukanlah yg terbaik utk kamu.
mungkin lepas kamu dapat apa yg kau dapat apa yg kau minta, kau akan jd kufur nikmat?
lupa diri dan terus lupa kepada Nya?
walaupun bnde yg diminta itu bnde yg baik mcm 'nak kawen' *gatal ;P*
entah2 lepas kawen trus dapat anak kembar 10. sapa nk jawab?


3) Allah akan beri di akhirat nanti :)


ini yg paling best.
apa yg kita minta kat dunia, semuanya dapat kat akhirat, kat syurga.
kalau kita doa nak Ferrari contohnya, dah tentu Ferrari kat syurga jauh lebih best berbanding dgn dunia.
sbb kat syurga nanti, semua bnde best. apa bnde yg plg best kat dunia, kat syurga nanti sepuluh kali juta lebih best, & lebih best lg dr tu. *woahhh* far far way better than that.


# jangan putus harapan berdoa. Dan yg paling penting, bersangka baik lah pada Allah :)
sbb Allah pasti akan jawab doamu.. PASTI. 
cuma lambat & cepat je. bersabarlah :)


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.. (2:186)

malam yg dinanti

Got a call from mum last night ;

"drpada sumber2 yg boleh dipercayai, malam ni mungkin Lailatul Qadar.."

sejauh mana kebenaran, Wallahua'alam...

this morning, open up my twiiter accoount.
read a tweet from a friend's bro in Masjidil Haram...saying that ;

"..tonight is the night...the sky is so bright in masjidil Haram"

Lailatul Qadar rahsia Allah. siapa yg tak tringin berjumpa dgn malam yg lebih baik dr seribu bulan?
yg pasti beribadahlah keranaNYA.
insyaAllah pasti jumpa, dgn izin & rahmatNya.
tp jgn sbb nk kejar mlm Al-Qadr, kita hanya berjaga mlm hanya pada malam2 ganjil.
Wallau'alam.

ajal & maut

I had this strange feeling last night,

klu Allah ambil nyawa aku mlm ni,

adakah aku sudah bersedia?

kalau ajal aku smpai saat ni,

adakah aku diredhai oleh Nya ?

adakah aku diredhai oleh ibu bapa ku?

adakah aku diredhai oleh guru-guruku?

adakah aku diredhai oleh sahabat2 ku?

lantas bangun kerana terpanggil utk berbicara dgnNya
terasa satu mcm perasaan ketika aku mmbacakan Al-fatihah
terasa lain mcm ketika mulut ini mengucapkn kalimah suci dua kalimah syahadah
aku harapkan air mata yg mngalir dapat mbasuh dosa2 lalu
walaupun terlampau byk.. terlampau.

bersyukur aku panjatkan kerana masih sempat buka mata pagi ini
bukan aku takut mati kerana aku cintakan dunia, bukan.

aku terasa belum bersedia utk bertemu Ilahi
terasa masih kosong amalan
tiada bekalan utk dibawa
hina nya diri....

tp smpai bila? kerana mungkin aku takkan pernah bersedia
walau seribu tahun hayat... amalan ku mmg xkn pernah ckup.
ingatlah Mira,
ajal semakin dekat.

kepada sahabat2 di New Zealand, doaku sentiasa bersama kalian
semoga dilindungi Allah setiap masa...
terutama sahabat2 di Christchurch, sayang sangat kat korg...
Syahirah, Dyll... & lain2.



deeper conversation

last few night, I text dad's phone

"rindu my family...rindu semua org...."

actually nak cakap rindu abah, tapi sagan ahh *haha*
less than 1 minute later, 

"Abah is calling..."

tapi mak yang cakap...sebab abah dah tido rupanyaaa..

We got a veryyy longggg conversation. Best sgt!!
mak cakap mak dah ok... 

"kadang2 je sakit bekas operation tu..." :(

kawan2 mak ramai dtg melawat....
bos tempat keje pon dtg sekali hehe
itu mmg sudah pasti ! sebab mak sgt baik... suke tlg org..
sbb tu mak ramai kawan.. 
nak jd mcm mak jgk boleh? hmm..

the conversation went on & on....
we talked about mak pnye cancer tu..hmm
dah dtg dah part sedih *sigh*
at this moment, we still dunno about the next treatment that mum need to make

"mak nak ke buat chemo nnti? mcm tak payah je... sebab ramai org cakap sakit..."

"tu la mak ade dgr jgk... tak taw lagi cmna... nanti mak kne consult dgn dr dulu... klu dia bg, buat rawatan alternative, kita cuba la cara lain selain chemo.."

sbb chemoteraphy, dia akan buang semua jenis sel cancer.
meaning, yg baik pon dia buang, yg jahat pon dia buang.
ade certain org boleh tahan..certain tak boleh.
taknak amik risiko tu kat mak :(

aku cadangkan kat mak buat rawatan syifa' tu..
rawatan Islam... gune ayat Quran.. aku lebih yakin yg tu.
mak pon setuju tapi tu la.. kne ikot jgk nasihat pakar..
aku sentiasa doakan yg terbaik buat mak.

i love you, you're my sunshine ! you know that :)