Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Hebat sungguh ciptaan Ilahi kan?
So, bile kita berzikir dgn mengulangi kalimat-kalimat suci Allah, mcm Subhanallah, beberapa kawasan otak yg terlibat akan menjadi aktif. Akibatnya, satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak terjadi.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan!!
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, kerana otak yg segar dan cergas akan mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Satu kajian telah dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
di mana, sukarelawan diberi senarai perkataan utk disebut.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri kita.
"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari-Ku." Al-Baqarah 152
"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." Al-Ahzab 41-42
"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." Surah An-Nisa' 103
Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda',"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal lehermu?" Para Sahabat menjawab,"Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda,"zikir kepada Allah".
ayuh sahabat2, selalulah berzikir klu nk otak yg cergas !

Islam itu cukup sempurna kan? :)