Allah menjawab doa hambaNya dgn 3 cara :
1) Allah memberi apa yg kamu minta.
kerana itu yg terbaik buat kau.
utk kau pelajari makna disebaliknya, utk kau gunakan dgn sebaik mungkin dan nikmati pemberian Allah dgn rasa syukur.
2) Allah tidak memberikan apa yg kamu minta.
kerana jika Allah makbulkan permintaan tersebut, itu bukanlah yg terbaik utk kamu.
mungkin lepas kamu dapat apa yg kau dapat apa yg kau minta, kau akan jd kufur nikmat?
lupa diri dan terus lupa kepada Nya?
walaupun bnde yg diminta itu bnde yg baik mcm 'nak kawen' *gatal ;P*
entah2 lepas kawen trus dapat anak kembar 10. sapa nk jawab?
3) Allah akan beri di akhirat nanti :)
ini yg paling best.
apa yg kita minta kat dunia, semuanya dapat kat akhirat, kat syurga.
kalau kita doa nak Ferrari contohnya, dah tentu Ferrari kat syurga jauh lebih best berbanding dgn dunia.
sbb kat syurga nanti, semua bnde best. apa bnde yg plg best kat dunia, kat syurga nanti sepuluh kali juta lebih best, & lebih best lg dr tu. *woahhh* far far way better than that.
# jangan putus harapan berdoa. Dan yg paling penting, bersangka baik lah pada Allah :)
sbb Allah pasti akan jawab doamu.. PASTI.
cuma lambat & cepat je. bersabarlah :)
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.. (2:186)