^___^

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdullilah...
What a tiring and long day :)
tapi best! hee. Rasa happy dan semakin dekat dgn-Nya.. *amin*

kuliah Buyutina Fil Ramadhan kat Mounts Bay..
byk pengisian yg aku dpt.. santapan rohani yg tiada tolok banding! *winkwink*
makanan pon sedaaaapp.. Alhamdulillah. nsk tomato, lauk ayam kurma!
dalam hati segan sendiri sebab lelaki masak rasa mcm lg sedap dr masakan sdri *malu!*
tapi takpelah kan dalam proses blaja lg hehe.
byk sgt input yg aku dpt, drpada Pak Ngah sebagai pnyampai ilmu..

sebelah malam pulak dapat jemputan ke rumah Kak Syara,
utk bacaan Yasin agar rumah baru diberkati-Nya..
dapat makan free lg! kali ni nsk ayam pulak..
fuuuhhh. Alhamdullilahhh. syukur nikmatMu, Ya Allah
disamping mengeratkan lg ukhuwah yg terjalin :))

ingin aku luahkan kat sini tentang semua ilmu2 yg aku dapat td..
tapi masa tak mengizinkan...maybe some other time? Insyaallah...
early a.m class tomorrow.. no sigh-ing Mira!
go go chaiyok!

Alhamdulillah atas kasih sayangMu Ya Allah :)
kurniakan lah aku ketenangan dan ketetapan hati...
serta satukan lah hati-hati kami atas dasar agamaMu dan kerana Mu..
ameen ya rabba a'lamin...

=)

Dari Anas r.a katanya:

”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

jangan berhenti berdoa dan mengharap padaNya..
sesungguhnya keredhaan Allah mendahului kemurkaanNya..

Yakin pada setiap doa, Allah pasti mendengar..
Allah Maha Kaya..
La Tahzan, Amirah Safwah Sabri.. :)

maafkan aku?

Di hening malam yg sepi ni tetibe teringat kan seorang sahabat...
bukan. ni bukan segment menjiwang.huhu.
teringat akan seseorg..
yg ku gelar teman..

terlampau byk salah aku pada kau, ye, kau ! *ni bkn marah taw*
ni bukan dr emosi... tp dari hati..
tulus datangnya dari hati..
agar kau tahu, agar kau paham.

maafkan aku sbb pergi tanpa kata,
maafkan aku sbb tak sempat menjadi sahabat terbaik buat kau,
maafkan aku sbb tak membawa kau ke jalan yg benar,
maafkan aku sbb mungkin kerana aku, telah byk dosa yg kau dapat,
maafkan aku kerana lambat tersedar,
maafkan aku sbb terlampau byk berkasar,
maafkan aku sbb terlampau byk mnyakiti hati kau,
maafkan aku atas jenaka ku yg kau tak boleh terima,
maafkan aku atas segala salah silap ku,
maafkan aku kerana telah byk membuang masa kau dgn prkara sia2,
maafkan aku...maafkan aku...maafkan aku...
terlampau byk salah aku pada kau,
sesungguhnya terlampau byk utk aku senaraikn semua..

aku perlu pergi,
utk mencari diri yg hilang...entah ke mana..
aku perlukan kekuatan..aku perlukan masa..
tak, aku tak pergi jauh dari kau..
apatah lg memutuskan hubungan persaudaraan Islam kita..
aku cuma mahu mencari sesuatu yg lebih bermakna, yg aku abaikan selama ini..
kasih sayang Tuhan..yg selalu aku lupa..
walaupun Dia sesungguhnya tidak pernah melupakan hamba-Nya walau sedetik..
diri ini terlampau hina utk dimiliki sesiapa..
bekalan akhirat aku masih kosong..
maafkan aku..

mungkin kau tgh berbahagia disana, aku tumpang gembira :')
aku sentiasa mendoakan yg terbaik buat kau..
semoga kejayaan milikmu, sahabat..
semoga Allah permudah segala urusan mu..
semoga kau sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang-Nya..
terima kasih kerana mengajar aku erti hidup
terima kasih kerana menjadi teman yg baik
terima kasih !
bukan, salah itu bukan pada kau, tp pada diri aku yg hina ini
airmata ini bkn tanda kesal, tp tanda syukur aku pernah kenal dgnmu..
amin ya rabbal a'lamin..

"Tidak sempurnalah iman seseorang (kamu), sehingga dia mencintai saudaranya sesama Muslim, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
Hadith Bukhari & Muslim

Ramadhan bulan dinanti..

Bismillahiraahmanirrahim..

sedar x sedar tinggal lagi bbrapa hari je dah nak Ramadhan...
Ya Allah, semoga sempat untuk aku menikmati Ramadhan kali ini..
dengan penuh rahmat-Mu dan lebih baik dr Ramadhan sebelum ini..Ameenn..
Sebelum ni kalau malas mesti salahkan syaitan
tapi bila dah Ramadhan nanti, alasan tu dah tak boleh gune dah huhu
syaitan semua dah kena ikat, haaa padan muka.
so kena lah salahkan diri sdri kalau still malas ye cik Mira!

Bila disebut pasal Ramadhan,
adakah aku ni dah bersedia sepenuhnya nk menghadapi bulan yg penuh khafarah ni?
hmmm... *cek diri jap*

mintak maaf. kena sentiasa mintak maaf kat semua org..
ade 1 kisah zaman sahabat Nabi dulu tp tak berapa nak ingatlah..
mungkin lebih kurang mcm ni kisahnya :

sahabat itu dijanjikan syurga oleh Allah kerana setiap malam,sebelum tidur, beliau akan memaafkan semua org yg buat salah padanya..

harap2 betul la ye kalau salah harap perbetulkan...
jadi, aku nk ambil kesempatan ni nk pohon kemaafan kepada semua sahabat2.
mmg banyak sgt dosa ni *sigh*
tak tahu la sempat ke tak nak mintak maaf pada semua org sebelum roh ni dipanggil Allah.
Nau'zubillah..
hubungan dgn Allah, dosa dgn Allah kita boleh jaga dgn berdoa dan bertaubat padaNya, Insyaallah akan di perkenan.
tp klu salah dgn manusia? kita kena cari dia smpai jumpa utk mintak maaf atas ape yg kita penah buat kat dia..
bila pkir2 blk, mcm mane la aku nk cari blk kawan2 sekolah rendah, sahabat2 lama dulu..
byk sgt bahu ni memikul dosa..hmmm.
azam kuat : akan ku cuba pohon maaf pada sahabat sbyk mana yg mampu ! *Mira boleh!*

to all sahabat, from the bottom of my heart :
for things i did wrong,for words which might hurt and for jokes u cant accept,1001 apologies.may this Ramadhan gvs us more blessing and meaningful.

ok back to the main topic ; Ramadhan.
-niat nak gandakan ibadah di bulan mulia ni *semoga dipermudahkan Ya Allah*
sebab setiap amalan akan di gandakan lebih dari bulan2 yg lain..

“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

masyaAllah! smpai 700 kali ganda ! menunjukkan betapa Allah sayangkan hambaNya..
TAPI, peringatan utk diri yg selalu lupa :

Jika kita beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kita. Beramallah kerana Allah, kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita.

so, jadikan Ramadhan sebagai motivasi utk gandakan ibadah, dan Insyaallah,semoga dapat istiqamah dlm bulan2 lain. kita bukan hamba Ramadhan. tetapi kita hambaNya.
jadikanlah Ramadhan sebagai jambatan utk dekat padaNya. Ameenn..

-puasa.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." - Surah Al Baqarah: 183

bukan setakat menahan diri dr lapar dan dahaga je! tapi semua deria ni kena tahan dan jaga.
mata, tgn, kaki, mulut... kurg kan bercakap psl bnde sia2. *byk sgt merapu!*
banyakkan baca perkara ilmiah, mata tu kne tundukkan pandangan! PENTING!
supaya kita tak jadi golongan2 yg mcm ni :

"Banyak sekali orang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehi dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga."[HR Nasa’ei dan Ibnu Majah]
Nau'zubillah.

Sabda Rasulullah S.A.W ;

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

Ya Rabbi, kurniakanlah kepada KAMI sekeping hati yang sentiasa insaf dan gemburkanlah hati kami dengan kasih sayang Mu agar kami sentiasa RINDU untuk menyebut nama Mu. Ameen.

Abu Hurairah telah berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” Hadith riwayat Bukhari.

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”Riwayat Ibn Hibban.

“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.

semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya dan semoga ia mendatangkan sinar ke dalam hati2 kita semua... InsyaAllah..

Alhamdullilah..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Syukur aku panjatkan kepada-Mu, pencipta sekalian makhluk..
atas segala nikmat dan kurniaan kasih sayang-Mu..

everything went well with my dad operation...
It was a 6+ hours operation and I got updated from mom...
she called me when abah is in the operation room and text me as soon as the operation was done..

Abah dah sedar.. Alhamdulillah..
Allah permudahkan segala urusan... :')
and what coming up next is waiting for mum's turn to be operated..

"mak nak operate asap..lepas abah dah ok, n boleh blk nanti, mak plak ganti tempat abah.. mak nk operate cepat sbb takut bnde tu merebak..rasa mcm dah makin mbesar dah"

sedih rasanya dgr luahan hati mak..
InsyaAllah dgn izin dan rahmat-Nya, everything will be just fine..
there's nothing I can do to help except doa.. and be strong for them..
that are the least things but deep inside I know, they are meaningful to them :)

Ya Allah, ilmuku ini terbatas dan pengetahuanku sangat terbatas, Engkau juga yang lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui."

Ya Allah, Kau jadikanlah ujian ini sebagai satu tanda untuk aku terus dekat pada-Mu..
sesungguhnya ilmu aku sgt terbatas, sgt cetek..terutama tentang syariat Islam..
Kau tetapkn lah hati ini..jgnlah Kau bolak-balikkn hati ini yg sgt rindu dgn kasih sayang-Mu..

"Aqidah Saidina Ali ialah 'Allah tidak pernah tidak memberi', bahkan apabila doanya dimakbulkan Allah maka Ali gembira 1x dan sedih 9x kerana apabila Allah tidak memberi itu tandanya Allah menangguhkan pemberian kerana nak beri yang lebih baik."

Hanya Engkau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat aku dan keluargaku..
Wallahua'lam..