Ramadhan bulan dinanti..

Bismillahiraahmanirrahim..

sedar x sedar tinggal lagi bbrapa hari je dah nak Ramadhan...
Ya Allah, semoga sempat untuk aku menikmati Ramadhan kali ini..
dengan penuh rahmat-Mu dan lebih baik dr Ramadhan sebelum ini..Ameenn..
Sebelum ni kalau malas mesti salahkan syaitan
tapi bila dah Ramadhan nanti, alasan tu dah tak boleh gune dah huhu
syaitan semua dah kena ikat, haaa padan muka.
so kena lah salahkan diri sdri kalau still malas ye cik Mira!

Bila disebut pasal Ramadhan,
adakah aku ni dah bersedia sepenuhnya nk menghadapi bulan yg penuh khafarah ni?
hmmm... *cek diri jap*

mintak maaf. kena sentiasa mintak maaf kat semua org..
ade 1 kisah zaman sahabat Nabi dulu tp tak berapa nak ingatlah..
mungkin lebih kurang mcm ni kisahnya :

sahabat itu dijanjikan syurga oleh Allah kerana setiap malam,sebelum tidur, beliau akan memaafkan semua org yg buat salah padanya..

harap2 betul la ye kalau salah harap perbetulkan...
jadi, aku nk ambil kesempatan ni nk pohon kemaafan kepada semua sahabat2.
mmg banyak sgt dosa ni *sigh*
tak tahu la sempat ke tak nak mintak maaf pada semua org sebelum roh ni dipanggil Allah.
Nau'zubillah..
hubungan dgn Allah, dosa dgn Allah kita boleh jaga dgn berdoa dan bertaubat padaNya, Insyaallah akan di perkenan.
tp klu salah dgn manusia? kita kena cari dia smpai jumpa utk mintak maaf atas ape yg kita penah buat kat dia..
bila pkir2 blk, mcm mane la aku nk cari blk kawan2 sekolah rendah, sahabat2 lama dulu..
byk sgt bahu ni memikul dosa..hmmm.
azam kuat : akan ku cuba pohon maaf pada sahabat sbyk mana yg mampu ! *Mira boleh!*

to all sahabat, from the bottom of my heart :
for things i did wrong,for words which might hurt and for jokes u cant accept,1001 apologies.may this Ramadhan gvs us more blessing and meaningful.

ok back to the main topic ; Ramadhan.
-niat nak gandakan ibadah di bulan mulia ni *semoga dipermudahkan Ya Allah*
sebab setiap amalan akan di gandakan lebih dari bulan2 yg lain..

“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

masyaAllah! smpai 700 kali ganda ! menunjukkan betapa Allah sayangkan hambaNya..
TAPI, peringatan utk diri yg selalu lupa :

Jika kita beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kita. Beramallah kerana Allah, kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita.

so, jadikan Ramadhan sebagai motivasi utk gandakan ibadah, dan Insyaallah,semoga dapat istiqamah dlm bulan2 lain. kita bukan hamba Ramadhan. tetapi kita hambaNya.
jadikanlah Ramadhan sebagai jambatan utk dekat padaNya. Ameenn..

-puasa.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." - Surah Al Baqarah: 183

bukan setakat menahan diri dr lapar dan dahaga je! tapi semua deria ni kena tahan dan jaga.
mata, tgn, kaki, mulut... kurg kan bercakap psl bnde sia2. *byk sgt merapu!*
banyakkan baca perkara ilmiah, mata tu kne tundukkan pandangan! PENTING!
supaya kita tak jadi golongan2 yg mcm ni :

"Banyak sekali orang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehi dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga."[HR Nasa’ei dan Ibnu Majah]
Nau'zubillah.

Sabda Rasulullah S.A.W ;

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

Ya Rabbi, kurniakanlah kepada KAMI sekeping hati yang sentiasa insaf dan gemburkanlah hati kami dengan kasih sayang Mu agar kami sentiasa RINDU untuk menyebut nama Mu. Ameen.

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” Hadith riwayat Bukhari.

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”Riwayat Ibn Hibban.

“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.

semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya dan semoga ia mendatangkan sinar ke dalam hati2 kita semua... InsyaAllah..