Ramadhan di perantauan

*this is part of my family in Perth :)*

it's totally different
that's all that I can say
.
.
dulu... mana penah terpikir nk belajar kat oversea.
yg aku taw, lepas SPM je, apply semua scholarship yg ade. hehe
sebab mak cakap, apply je semua. so nnti tak payah bergantung kat PTPTN.
so, dgn blur nya, aku apply la segala mcm mak nenek scholar.
dalam angan2 nak sambung kat UiTM je sebab nk buat professional akaun
hee :)

..
lepas result keluar, dapat offer matriks Kuala Nerang, Kedah
so redha lah. try jela Matriks dulu. lg beberapa mggu nak pegi Matriks,
dpt UiTM plak. ACCA (professional akaun) . dah excited dah hehe
.

pastu tetibe..
.

dapat offer Ausmat under tajaan Mara.
mak kata, ohhhh yg ni lg best ni.
aku blur lg. ape sebenarnye maksud surat ni ek?
pegi oversea ke? tp bukan ke klu dpt g oversea, trus fly je?
kenapa kne blaja kat sini lg 1.5 years? *ok blur habis*
zaman2 jahiliah dulu hehe
lepas tu semua family suruh accept yg tu. redha aje...
.
.

& lastly, end up kat cni..
jauh dgn family :(
No, I'm not blaming the fate.
mmg rezeki. Alhamdulilah.
tak semua org dapat peluang ni.
sbb aku xdelah pandai sgt.
ramaaaaaiiiii lg yg lebih pandai. tp rezeki Allah. Alhamdulilah.
tp mmg byk btol cabaran.
time2 aku jauh la parents nak sakit.. *ujian Allah :)*
.
.
bila dah cmni,
baru aku sedar aku ni mcm bdk kecik.
menangis je kje ;-P manje eh !
bila dah jauh, baru rasa lebih hargai family
time tu la nk rindu. klu boleh, every cuti nk balik!
klu dulu, kurg skit nmpak yg aku ni mengada.
sbb jarang skit blk umah. malas nk susahkan mak.
.

tambah2 Ramadhan,
I miss going to bazar with my mom
*gaduh2 nk mkn ape hehe*
but usually mesti beliau akan tnya,
.

"Mira nk makan ape hari ni?"
.

Ya Allah rindu nyaaaa :'(
setiap bnde yg aku nk mesti dia akan beli.
EVERY SINGLE THING!
.

hmmp. ok I need to stop crying like a lil baby!
You're grown up now Mira !
bak kate Shida(my housemate)
.

"dah nak jadi mak org dah, toksah nk buat perangai. haha"
.
I just miss my family. so much.
I can't hold my tears when I come to think about them.
ilovemyfamilyyyy

derhaka

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka'

short

moved out to the new house, Caporn St
no internet for appr. 3 weeks
I miss my family
feeling homesick


pesanan dr penaja :
hargailah setiap insan yg ada disekeliling kita sebelum mereka pergi utk selamanya

don't ever give up!


this video makes me cried one litre of tears

Sahabat, whenever you feel like giving up,
remember all of the hardships of our parents
they raised us up.

Allah is testing us.
always
to ensure that is it true that we love Him?

Allah won’t allows you to be in situations of pain for the sake of hurting. But for the sake of learning.



hina Islam lagi?

I have no idea what's wrong with these freaks

sedih
kecewa
sume ade

ade jgk org cmni lg
*sobs*

Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada mereka


klik utk besar

Ya Allah, Kau tetapkanlah hati aku kejalan Mu, jgn lah Kau bolak-balikkan hati ini setelah Kau beri hidayah. Ameeen

jodoh?

cinta itu fitrah. semua ingin dicintai.disayangi.

jgnlah putus2 berdoa agar kita dijodohkan dgn insan terbaik. *tp jgn lupa jd terbaik jugak*. namun jodoh itu tak datang bergolek. kita perlu berusaha. hmmm. cmne tu?

Jodoh itu terbahagi kpd 3 :

1) JODOH DARI SYAITAN

lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan.bila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN

iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH

apabila seorang lelaki berhajat kat sorg pompuan kerana ciri2 keimanan yg ada pada perempuan tu tanpa melihat pada rupa,harta dan keturunan,lalu lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunye sebarang bentuk kemaksiatan.. kerana CINTA ITU HALAL.

semoga kita ditemukan dgn jodoh dr Allah.

kerana itu jaminan hidup yg diredhai

"semoga Allah menemukan aku dgn zauj yg akan membawa aku semakin dekat dgnMU, yg akan sentiasa mendidik aku dgn ajaran agama, yg akan mengajarkan aku ilmu2 agama, yg akan membacakan ayat2 suci ketika aku sakit, yg didalam hatinya sentiasa berzikir kepadaMu, tidak akan keluar perkara sia2 dr pertuturannya."

Ameen Ya Rabbala'lamin..


love

dad calls. yep. dad calls me almost everyday *yey!*

mak abah skrg dah kat umah
they came back home last weekend
abah's voice sounds healthier, mum's too !
& i'm happier than ever. heee :)
Alhamdulilah... doa termakbul.
aku yakin dgn janji Mu Ya Allah ^_^

"takyah risau ape2 la k sume dah ok... "

"mak n abah dah makin sihat dah.."

"cuma mak pnye next treatment for cancer tu je tak tau lg cmne..dr tgh find out.."

"belajar rajin2 okay...tiket balik dah beli kan? hehe"

kan best klu aku ade kat umah
baca Yasin kat sebelah mak n abah

tapi.... takpela..
baca dr jauh je boleh...
Allah Maha Mengetahui apa2 yg kita tak tahu..

tak sabar nak balik jumpa mak n abah
rinduuuuuuuuuuuuuu
adek2
abg2
kita raya sama2 yeeee
:)

love love love

nak bahagia?

insan yg bahagia tidak memiliki semua harta terbaik dalam dunia
malah dia menjadikan semua harta miliknya itu terbaik

malah, semua hartanya itu digunakan sebaik mungkin ke jalan Allah
semoga dia lebih dekat padaNya
dan utk mendapat keredhaanNya

adakah segala harta yg kita miliki sudah kita gunakan sebaiknya?
adakah harta yg kita miliki semakin membuatkan kita semakin lalai?
adakah harta yg kita miliki menjauhkan kita dr Allah?
fikir2kan lah.


Firman Allah Taala

"Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" (Al-Lail:8-11)

wallahu'alam

La Tahzan

pabila niat baik itu disalah erti
jgn lah kau bersedih
kerana Allah Maha Mengetahui

uhibbusyaitan?

marah itu syaitan
syaitan itu api
so, marah = syaitan + api


kau nak jd sahabat syaitan?
nk jd kesukaan syaitan?
sbb kau contohi sikap dia
sbb kau ikot cakap dia

Rasulullah SAW bersabda

"Marah itu daripada syaitan.Syaitan itu daripada api.Api boleh dipadamkan dengan air.Maka apabila kamu marah, BERWUDUKLAH" [hadis riwayat Al Imam Ahmad]


baik kau berubah.
SEKARANG!

taknak marah-marah dah
pemarah bukan sifat aku lagi
maafkan aku
sesiapa yg pernah aku marah dulu

sbb aku bukan yg dulu lagi

bercakaplah dr hati
sbb hati ada iman
bukan dr emosi
sbb emosi mudah dipengaruh syaitan

semoga hari ini lebih baik dr semalam

jadilah Amirah Safwah yg pnyabar, sayang
yg marahnya itu diam
kerana ingat akan Allah
ameen

Sabda Rasulullah SAW
"Apabila kamu marah,maka jauhilah orang yang kamu marahi,berubahlah
dari tempat kamu berdiri ketika marah,jika kamu marah dalam keadaan berdiri,
hendaklah kamu duduk,jika kamu marah dalam keadaan duduk,hendaklah
kamu baring"


checklist Ramadhan


a note to self :

-puasa dgn penuh keimanan

biasalah kalau puasa mesti lapar. dahaga. penat.
tapi semua tu kan cabaran. JANGAN MENGELUH!
lagi besar cabaran, lg byk pahala! tu janji Allah :)
cuaca sejuk mmg cepat lapar.... tapi tahanlah sayang. brape jam je.

-Khatam Al-Quran

Pak Ngah cakap, khatam Al-Quran dalam sebulan tu kira dah sebusuk2 nya. sebab para ulama' cakap sepatutnya tak boleh lebih dr 3 hari.
meaning, khatam Al-Quran setiap 3 hari.
MasyaAllah. hina betul rasa diri yg mmg dah hina
punyalah lama kalau nk khatam tu *sobs*

akan ku cuba sehabis baik khatam sebanyak-mana yg boleh! *Ameenn*

-perbanyakkan amalan sunat

solat2 sunat yg tak pernah buat tu. berzikir.
kalau ade masa lapang, muhasabah diri dan byk ingatkn Allah.
solat sunat taubat atas dosa2 lalu. sesungguhnya Allah maha pengampun

-tinggalkan perkara lagha

tak payah bercakap perkara tak berfaedah. baik mengaji, kalau tak buat penat je puasa.
kurangkan facebook. bukak klu perlu je. utk tgk perkara berfaedah.

Allah bg 24jam kat semuaa org.
InsyaAllah cukup masa utk study, beribadah, pengurusan diri..
janji bebaskan diri dr bnde tak patut.

kalau tak mampu buat semua, buat mana yg mampu..tapi jgn smpai semua tinggal!

InsyaAllah Mira boleh!!
:)

Islam itu tinggi



muhasabah
utk diri yg slalu leka
dan lupa

jgn kau jadi hamba lain, selain drpd hamba Allah
Islam bukan sekadar agama
tetapi Islam adalah cara hidup
ya, Islam is the way of life
dr kita bangun tidur sehingga lah kita tidur kembali
Allah sudah gariskan segalanya

betapa indahnya Islam
kita adalah duta-duta Islam
sedarlah sayang...

Daripada Abu Hurairah r.a : Allah berfirman ;

"Aku sesuaikn dugaan hambaKu kepadaKU,
dan Aku bersama dgnnya..
ketika dia ingat kepadaKu...
jika dia mengingatiKu dalam hatinya,
akan Ku ingat dia dalam hati KU..
dan jika dia mengingati Aku di khalayak ramai,
akan Ku ingati dia di khalayak ramai yg lebih baik..

dan jika dia mendekati Aku sejengkal,
akan Aku dekatinya sehasta...
dah jika dia mendekati Aku sehasta,
akan Aku dekatinya sedepa...
dan jika dia datang kepadaKu berjalan,
akan Aku dtg kepadanya berlari.."

Hadith Riwayat Tarmidzi

semoga kita dijauhkan dr penyakit 'Wahhan'
= yang terlalu cintakan dunia dan takutkan mati..
Ameen..


esok puasa :)

Bismillahirrahmanirrahim..

esok puasa :) Alhamdulillah.
InsyaAllah, semoga sempat kite jumpa Ramadhan..

kalau kita tahu ini Ramadhan kita yg terakhir, mesti kita tak buat keje lain.
dduk dalam masjid utk solat dan ngaji.. tp kita tak tau...
so Mira, ingat yee.... beribadahlah seperti ini Ramadhan kamu yg terakhir..
tetapi sentiasa lah berdoa agar kita sempat jumpa Ramadhan akan datang...Ameen..

"mak dgn abah puasa kat hospital la jwbnye tahun ni...hehe"

Mak n abah are getting better :')
mum was operated on Monday.
and Alhamdulillah everything went well.
The lump cancer was successfully removed from her breast. *yey!*

"mak dgn abah duduk katil sebelah2 ni kat hospital"

"romantiknyaaa"

Suara abah pon dah segarr.. makin sehat!
Alhamdulillah :)

but we still have no idea about the cancer.
I keep on asking.

"dr cakap ape? early stage kan? baru lg kan?"

"tak tau lagi...dr tak sempat jumpa mak lg..."

hmmm... camne la keadaan mak, Ya Allah..
kan best kalau dapat jaga mak :-S
xpela, Allah knows best.. keep that in mind.
InsyaAllah blk raya ni kite jumpa ye sayang :)
i miss you. n abah.

Reminder to self :

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Ramadhan bulan barakah
Ramadhan bulan keampunan
puasa lah dgn rasa berTuhan n penuh keimanan
penuh dgn kasih sayang Allah
lebih2 kan berdoa kepadaNya
semoga kita makin dekat dgn cinta Nya
:)



yeeba aley aley!

sad
crying
feels like dying
I dunno what I want
I dun belong here
this is not me

these are what I feel


yes. 2minutes ago.
but now?

I'm genuinely happaaayyy!
hip hip hooray *haha tetibe*

"mak, tiket balik raya murah..kawan2 ramai balik.."
"ooo...nak balik ke?"

"boleh ke? heee *suara manja skittt*"

"ikut Mirah la...mak abah tak kisah.."

"tapi kalau balik, 5hari je.. kejap sgt..lagipun taknak la susahkan mak n abah kne amik kat "KLIA sume.. takyah la balikkk... *kecewa*"

"abah cakap 5hari ok la tu... beli jela.. abah support lagi.."

"HUH?? btol ke? takpe ke kejap je?"

"btol... lama la tu 5hari...g beli cepat.."

Ya Allah ! rasa nak gugur jantung!
terussssssss pegi web airasia!
beli tiket balek raya dgn rakusnya! haha

Alhamdulillah Ya Allah!
Alhamdulillah for giving me these wonderful parents!
They are the best mum & dad in the world I swear!
Alhamdulillah... :)


nak!

nak balik rayaaaaaaaaaaaaaa....
tiket baru $200 utk pegi balik...
tp ade exam...
so smpai Msia pagi raya...
sapa nk amik?
mak, nk blk raya please... Boleh? :"(

boleh jumpa mak n abah..
pelisss pelisss
:(

rindu !

Ya Allah..
masih teringat2 lg smlm...
berada dalam taman2 syurga Mu. hari ni, dah rindu ;((
Aku rindu berada dalam taman syurga Mu!
indah sungguh saat itu menikmati kelazatan santapan rohani...
yg dah lama dahagakan ilmu2 Mu..

ingat Mira, lepas ni kalau ade majlis agama lg, jgn nk ngelat ye!
tak kisah siapa penyampainya, yg lebih penting adalah ilmu yg nk diberi..

semalam Pak Ngah ade cerita pasal Study kerana Allah
a'ah it may sounds familiar buttt...sejauh mana aku paham psl statement ni?? *hmmm*
dulu iye2 tulis study kerana Allah then tampal kat board heee
Pak Ngah tak hurai panjang psl ayat ni sbb kekangan masa *sobss*

tp dari ape yg aku paham dan dapat :
-yg patut kita letakkan yg pertama dalam hidup ialah SOLAT.
A'ah. solat sayang. mmg tgh study, tp kalau masuk waktu, utamakan solat dulu.
sbb ilmu tu dr sapa? Allah kan?
sapa yg bg kefahaman? Allah kan?
kalau tanpa izin-Nya, study laa 5jam pon. satu habuk pon tak masuk dalam kepala ! *nau'zubillah*
sebab tu kne byk2 berdoa. jgn sombong.jgn ego. kita hamba hina.
kne selalu berdoa.setiap masa..

-keutamaan seterusnya MENCARI REZEKI.
tiada benda bagus didunia ni yg senang sayang. cari rezeki tu. minta dari Allah.
sbb tu kita dah solat dulu td, then sambil tu belajar sungguh2. dan lepas tu, cari rezeki...
rezeki tu kena cari sbb dia takkan datang bergolek2...
mcm kejayaan, pekerjaan yg bagus...
tp sapa yg bg rezeki? Allah kan?
haaa sbb tu la solat tu yg pertama.. boleh mintak rezeki yg melimpah ruah dr-Nya :)

and yg last ni yg paaaaaaling utama antara yg dua keutamaan di atas td. hehe *pening taakkkk?? :P*
tapi betul ni. tak main2. ape dia yek?
INGATKAN ALLAH.
Haaa betullah kan. apa2 yg kita nk buat pon dalam dunia ni kne ingat Allah
sebab DIA, tak pernah lupakan kita.
cuba bayangkan kalau *kalau ehhh* Dia lupakan kita?
alamatnya tak bernafas la kita. Innalillah.. sekejap pon dah boleh mam!
tp bnde tu takkan berlaku..
tak pernah berlaku..
sebab? Allah sayangkan kita :))

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain.”
Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi

Islam membenci golongan yang malas dan tidak berusaha tetapi hanya mengharapkn bulat2 dr Allah.
berlumba2 lah mencari kebaikan dan rezeki dr Allah. kerana disitu ada keredhaan-Nya :)

Amirah Safwah ,
mmg Law tu susah. mmg Statistics tu susah. mmg semua subjek tu susah.
kan takde bnde bagus yg senang?
usaha lebih k? buang malas tu jauh2.
sebab Allah sentiasa bersama org2 yg berjihad ke jalanNya .

*dalam usaha memujuk diri yg selalu berduka bcoz of the tougher subjek*
Semoga Allah permudahkan urusanku, Ameen..

jangan mengeluh lagi :)

JANGAN MENGELUH!!!
Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"

-Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

-Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?

-Surah At-Taubat ayat 111
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubat ayat 129
KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB

"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

ingatlah sayang setiap persoalan itu, Al-Quran pasti ada jawapannya... :)
bacalah..dgn hatimu..