masih teringat2 lg smlm...
berada dalam taman2 syurga Mu. hari ni, dah rindu ;((
Aku rindu berada dalam taman syurga Mu!
indah sungguh saat itu menikmati kelazatan santapan rohani...
yg dah lama dahagakan ilmu2 Mu..
ingat Mira, lepas ni kalau ade majlis agama lg, jgn nk ngelat ye!
tak kisah siapa penyampainya, yg lebih penting adalah ilmu yg nk diberi..
semalam Pak Ngah ade cerita pasal Study kerana Allah
a'ah it may sounds familiar buttt...sejauh mana aku paham psl statement ni?? *hmmm*
dulu iye2 tulis study kerana Allah then tampal kat board heee
Pak Ngah tak hurai panjang psl ayat ni sbb kekangan masa *sobss*
tp dari ape yg aku paham dan dapat :
-yg patut kita letakkan yg pertama dalam hidup ialah SOLAT.
A'ah. solat sayang. mmg tgh study, tp kalau masuk waktu, utamakan solat dulu.
sbb ilmu tu dr sapa? Allah kan?
sapa yg bg kefahaman? Allah kan?
kalau tanpa izin-Nya, study laa 5jam pon. satu habuk pon tak masuk dalam kepala ! *nau'zubillah*
sebab tu kne byk2 berdoa. jgn sombong.jgn ego. kita hamba hina.
kne selalu berdoa.setiap masa..
-keutamaan seterusnya MENCARI REZEKI.
tiada benda bagus didunia ni yg senang sayang. cari rezeki tu. minta dari Allah.
sbb tu kita dah solat dulu td, then sambil tu belajar sungguh2. dan lepas tu, cari rezeki...
rezeki tu kena cari sbb dia takkan datang bergolek2...
mcm kejayaan, pekerjaan yg bagus...
tp sapa yg bg rezeki? Allah kan?
haaa sbb tu la solat tu yg pertama.. boleh mintak rezeki yg melimpah ruah dr-Nya :)
and yg last ni yg paaaaaaling utama antara yg dua keutamaan di atas td. hehe *pening taakkkk?? :P*
tapi betul ni. tak main2. ape dia yek?
INGATKAN ALLAH.
Haaa betullah kan. apa2 yg kita nk buat pon dalam dunia ni kne ingat Allah
sebab DIA, tak pernah lupakan kita.
cuba bayangkan kalau *kalau ehhh* Dia lupakan kita?
alamatnya tak bernafas la kita. Innalillah.. sekejap pon dah boleh mam!
tp bnde tu takkan berlaku..
tak pernah berlaku..
sebab? Allah sayangkan kita :))
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain.”
Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi
Islam membenci golongan yang malas dan tidak berusaha tetapi hanya mengharapkn bulat2 dr Allah.
berlumba2 lah mencari kebaikan dan rezeki dr Allah. kerana disitu ada keredhaan-Nya :)
Amirah Safwah ,
mmg Law tu susah. mmg Statistics tu susah. mmg semua subjek tu susah.
kan takde bnde bagus yg senang?
usaha lebih k? buang malas tu jauh2.
sebab Allah sentiasa bersama org2 yg berjihad ke jalanNya .
*dalam usaha memujuk diri yg selalu berduka bcoz of the tougher subjek*
Semoga Allah permudahkan urusanku, Ameen..