jodoh?

cinta itu fitrah. semua ingin dicintai.disayangi.

jgnlah putus2 berdoa agar kita dijodohkan dgn insan terbaik. *tp jgn lupa jd terbaik jugak*. namun jodoh itu tak datang bergolek. kita perlu berusaha. hmmm. cmne tu?

Jodoh itu terbahagi kpd 3 :

1) JODOH DARI SYAITAN

lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan.bila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN

iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH

apabila seorang lelaki berhajat kat sorg pompuan kerana ciri2 keimanan yg ada pada perempuan tu tanpa melihat pada rupa,harta dan keturunan,lalu lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunye sebarang bentuk kemaksiatan.. kerana CINTA ITU HALAL.

semoga kita ditemukan dgn jodoh dr Allah.

kerana itu jaminan hidup yg diredhai

"semoga Allah menemukan aku dgn zauj yg akan membawa aku semakin dekat dgnMU, yg akan sentiasa mendidik aku dgn ajaran agama, yg akan mengajarkan aku ilmu2 agama, yg akan membacakan ayat2 suci ketika aku sakit, yg didalam hatinya sentiasa berzikir kepadaMu, tidak akan keluar perkara sia2 dr pertuturannya."

Ameen Ya Rabbala'lamin..