Terbaca kisah menarik ni... tersentuh hati..
Seorang anak menghampiri ibunya yang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesat tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anaknya itu lalu membacanya
Kos Upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai :RM 4.00
Tolong jaga adik :RM 4.00
Tolong buang sampah :RM 1.00
Tolong kemas bilik :RM 2.00
Tolong siram bunga :RM 3.00
Tolong sapu sampah :RM 3.00
Jumlah : RM 17.00
Tolong pergi kedai :RM 4.00
Tolong jaga adik :RM 4.00
Tolong buang sampah :RM 1.00
Tolong kemas bilik :RM 2.00
Tolong siram bunga :RM 3.00
Tolong sapu sampah :RM 3.00
Jumlah : RM 17.00
selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya.Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungmu selama 9 bulan :PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu :PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu :PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu :PERCUMA
Kos menyediakan makan,pakaian dan keperluanmu :PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai kasihku :PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu.Si anak menatap wajah ibu,lantas memeluknya dan berkata "Saya sayang Kan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'telah dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
diriwayatkan
seorang telah bertemu rasulullah s.a.w dan bertanya
"Wahai rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan yang baik dariku?"
Rasulullah menjawab ,"IBUMU, IBUMU,IBUMU,kemudian
ayahmu , kemudian saudara-saudara terdekatmu.
(Hadis riwayat Bukhari)
seorang telah bertemu rasulullah s.a.w dan bertanya
"Wahai rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan yang baik dariku?"
Rasulullah menjawab ,"IBUMU, IBUMU,IBUMU,kemudian
ayahmu , kemudian saudara-saudara terdekatmu.
(Hadis riwayat Bukhari)
I LOVE YOU, Pn. Romidah bt Hussain :)